Salam perkenalan daripada saya. Nama yang diberi Khairul Fahmee Mat Khairi, lahir pada tanggal 25 Ogos 1987. Dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, sudah berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur bekerja sebagai seorang geologist.
Pada dasarnya, aku bukanlah seorang tahfiz, ataupun seorang ustaz tetapi merupakan pelajar aliran sekular bermula daripada sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan universiti. Mujur ibu bapaku sangat-sangat menitik beratkan pendidikan agama sejak daripada aku dilahirkan.
Acapkali bermain di fikiran apakah aku juga bergelar Muslim jika aku dilahirkan di dalam keluarga bukan Muslim. Alhamdulillah!!! timbul perasaan bersyukur dari benak hati ini ke hadrat Ilahi atas nikmat ISLAM warisan yang dikurniakan kepada aku. Allah3x...Allahuakbar Lailahaillallah.
Apakah aku, kau dan dia sedar atas Nikmat ini???
Renungkanlah wahai muslimin dan muslimat sekalian.
Kau tidak perlu lagi mencari-cari agama yang lain!!
Semua telah terhidang kepada kau,
Kenapa tidak kau menjamah dan menikmatinya???
Mengapa mesti kau alihkan pandangan kiblatmu?
Kau corakkan dirimu dengan warna-warna kebaratan,
Kau titiskan benih-benih azazil di dalam kerongkongmu?
Begitu rakus kau nikmati dunia???
Ayuh!!! Ayuh umat Islam, kita mengorak langkah,
Aku, kau dan dia,
Corakkan segala sudut kehidupanmu,
Dengan ISLAM,
Islam nama, sahsiah, keperibadian,
Islam zahir dan batinnya,
Islam tutur dan perbuatannya,
Islam mulut, mata, hati dan akalnya,
Islam tersurat dan tersiratnya,
Islam amalan dan pemahamannya.
Islam pada diri,
Islam pada keluarga,
Islam pada masyarakat,
Islam pada bangsa,
Islam pada negara,
Islam pada semua...
Ayuh!!! Ayuh umat Islam, kita mengorak langkah,
Aku, kau dan dia,
Corakkan segala sudut kehidupanmu,
Dengan ISLAM,
Islam nama, sahsiah, keperibadian,
Islam zahir dan batinnya,
Islam tutur dan perbuatannya,
Islam mulut, mata, hati dan akalnya,
Islam tersurat dan tersiratnya,
Islam amalan dan pemahamannya.
Islam pada diri,
Islam pada keluarga,
Islam pada masyarakat,
Islam pada bangsa,
Islam pada negara,
Islam pada semua...
Allah3x...Lailahaillallah.
Masih belum terlambat...